Maksud Internet
Internet ialah jaringan komputer
yang saling terhubung secara global yang membolehkan pengguna internet saling
bertukar maklumat/data melalui jaringan tersebut. Internet adalah sistem
komunikasi data berskala global, suatu infrastruktur yang terdiri dari hardware
dan software yang menghubungkan komputer yang berada di jaringannya.
Kemunculan internet dimulai pada
1966, oleh ARPA (Advanced Research Project Agency).
Definisi Internet
Secara umumnya Internet merupakan satu rangkaian bersifat global yang menghubungkan lebih dari seorang pengguna dari seluruh dunia yang membolehkan pertukaran maklumat berlaku.
Definisi lain Internet
Majalah Dewan Masyarakat (keluran Disember ’95)
Mentakrifkan Internet sebagai suatu rangkaian komputer antarabangsa yang menghubungkan lebih 40 ribu rangkaian komputer yang diurus bersama secara bersendirian.
Majalah PC (jilid 3 vol 1 ’95)
Mentakrifkan Internet sebagai suatu sistem yang menggabungkan rangkaian seluruh dunia dengan menyediakan perkhidmatan komunikasi data seperti login jarak jauh (remote login) , pemindahan fail, e-mel dan kumpulan berita (newsgroup).
Untuk mendapatkan sambungan
internet kita memerlukan kelengkapan seperti berikut:
PC, samada desktop atau laptop
bahkan telefon mudah alih (handphone/iPad) yang dilengkapi dengan keperluan WAP
(Wireless Application Protocol).
Modem, samada internal ataupun
external.
Sambungan telefon.
Internet Service Provider (ISP).
Internet Service Provider (ISP)
di dalam Bahasa Melayunya; Penyedia Service Internet, ia bukanlah sebuah
hardware, tetapi sebuah alat yang memberi servis untuk sambungan ke internet.
Di Malaysia kita kenali sebagai TMNet, Celcom Broadband, DG Broadband, Maxis
Broadband dan sebagainya. Kita perlu melakukan pendaftaran untuk menggunakan
ISP, kemudian setiap bulan kita harus membayar langganan sambungan internet
tersebut.
Jaringan internet dikawal oleh
suatu aturan umum yang disebut protocol, iaitu Internet Protocol (IP) dan
Transmision Control Protocol (TCP) atau lebih dikenal dengan TCP/IP, yang
berfungsi untuk membolehkan setiap pengguna yang bergabung dengan internet
dapat saling mengakses semua platform yang disediakan oleh jaringan lainnya,
dalam bentuk pertukaran secara lateral, gambar, maupun suara. Hal ini dapat
dilakukan secara langsung, pada masa yang sama juga dilakukan dalam bentuk dua
hala.
Di internet, ia menggunakan
bahasa atau kod-kod yang disebut Hyper Text Markup Language atau secara
ringkasnya HTML. Bahasa ini merupakan standard bagi komunikasi internet pada
ketika ini. Dengan menggunakan bahasa ini kita dapat menulis text, menampilkan
gambar, memberi warna, memainkan video serta pelbagai kegunaan lainnya di
website.
Berikut adalah beberapa keperluan
internet, yang paling dikenali serta penting untuk anda diketahui:
e-Mail (electronic mail)
Iaitu sebuah servis yang
digunakan untuk hantar dan terima pesanan. Setiap pesaanan dapat dikirim dari
suatu sistem ke sistem lain. Di belakang layar, pelayan mail ini memastikan
bahawa pesanan berjaya dikirim dan diterima secara lengkap pada alamat yang
sebenar. Melalui email pula pengguna internet membentuk suatu forum
perbincangan yang membicarakan topik-topik tertentu dengan bentuk mailing list
atau newsgroup. Contohnya: Yahoo! Mail, Google Mail dan Hotmail.
www (world wide web)
System yang menggunakan tampilan
grafik (window) sehingga dapat memberikan layanan yang sangat prima.
Tampilannya bukan hanya berupa teks, dapat berupa gambar dan suara dengan
bermutu yang bagus kerana disokong oleh warna dan resolusi yang tinggi. Untuk dapat
mengaksesnya memerlukan pelayar internet yang disebut web browser seperti
Mozilla Firefox, Internet Explorer, Opera dan Google Chrome.
Search engine
Merupakan sebuah fungsi pencarian
data dalam bentuk website melalui kategori atau kata kunci (keyword) yang kita
masukkan. Fungsi ini dimiliki oleh browser dan juga ada sejumlah website yang
khusus contohnya Google, Yahoo, dan Bing.
Demikian beberapa penjelasan
mengenai apa yang dimaksudkan dengan internet. Melalui internet, kita boleh
berhubung dengan sesiapa sahaja tanpa had, tanpa sempadan! Terdapat pelbagai
kemudahan internet disediakan. Semakin hari, jumlah pengguna internet semakin
meningkat ramai. Pelbagai perkara yang dapat kita lakukan melalui internet
samada pembelajaran, komunikasi, mahupun perniagaan.